Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Utama Kes Tetak Wanita Di Klang Ditahan

Published: 12 Mar 2018 6.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Shah Alam, 12 Mac 2018 - Polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun bagi membantu siasatan kes isterinya ditetak dalam kejadian di Taman Klang Jaya, dekat sini, Khamis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-utama-kes-tetak-wanita-di-klang-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:02 MYT

Shah Alam, 12 Mac 2018 - Polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun bagi membantu siasatan kes isterinya ditetak dalam kejadian di Taman Klang Jaya, dekat sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata suspek utama itu adalah antara empat suspek yang ditahan di beberapa lokasi secara berperingkat sejak Jumaat lepas hingga hari ini.

"Suspek utama ditahan hari ini. Turut dirampas daripada kesemua suspek adalah sebuah kereta, sebilah parang dan beberapa telefon bimbit," katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi Khamis lepas, mangsa berusia 42 tahun yang berada di tempat kerja dikatakan dikunjungi dua lelaki dan seorang daripadanya bertindak mengheret mangsa ke arah sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru.

"Ketika diheret ke kereta, mangsa turut ditetak beberapa kali oleh seorang suspek menggunakan parang panjang menyebabkan kecederaan di kepala, kedua-dua kaki, pergelangan tangan kiri dan belakang badan sebelum kedua-dua suspek beredar dengan membawa wanita tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata berdasarkan maklumat terbaharu yang diterima pihaknya, wanita berkenaan dihantar ke sebuah hospital di luar Lembah Klang oleh dua suspek dan keadaannya dilaporkan stabil.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pasangan itu yang mempunyai tiga anak tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

- BERNAMA

ArticlePublished 12 Mar 2018 6.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM