Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Sindiket Penyeludupan Migran Ditembak Mati

Published: 25 Sep 2019 12.07 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Serdang, 25 September 2019 – Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan migran maut ditembak akibat cuba merempuh pegawai polis yang hendak memeriksa kereta yang dipandu suspek berhampiran Tesco Extra Puchong Jaya, Puchong lewat petang, semalam. Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Noor Azam Jamaludin dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pagi tadi berkata, pihak polis bertinda
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-sindiket-penyeludupan-migran-ditembak-mati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:36 MYT

Serdang, 25 September 2019 – Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan migran maut ditembak akibat cuba merempuh pegawai polis yang hendak memeriksa kereta yang dipandu suspek berhampiran Tesco Extra Puchong Jaya, Puchong lewat petang, semalam.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Noor Azam Jamaludin dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pagi tadi berkata, pihak polis bertindak melepaskan tembakan apabila suspek yang memandu kenderaan tersebut cuba merempuh pegawai polis yang hendak membuat pemeriksaan.

Tambah beliau, suspek yang berusia 37 tahun maut ditempat kejadian dan seorang warganegara Myanmar yang berada dalam kenderaan dipandu suspek turut tercedara dalam insiden tersebut.

Hasil siasatan mendapati suspek membawa lapan orang lelaki warganegara Myanmar untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang juga merupakan warganegara Myanmar dipercayai berperanan sebagai pengantara dalam sindiket penyeludupan manusia.

Hasil semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau yang membabitkan kes dadah, kes ragut, kes curi, kes curi kenderaan dan pemerasan.

Sumber : FB Polis Selangor
Image may contain: 4 people, people standing

ArticlePublished 25 Sep 2019 12.07 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM