Timbalan Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Delegasi Kelab Lion Internasional
Kuala Lumpur, 25 September 2019 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kelab Lion Internasional yang diketuai oleh Dato’ Jevern Lim Chong Hee di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Pertemuan tersebut diadakan untuk membincangkan mengenai kerjasama dan usaha-usaha dalam menangani ancaman jenayah siber secara proaktif selain memperkasakan lagi hubungan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Kelab Lion Internasional.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, DCP Dato’ Muhammad Azlee Abdullah dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Ruslan Khalid.
Bergambar kenangan.
Sekitar kunjungan hormat delegasi Kelab Lion Internasional yang diketuai oleh Dato’ Jevern Lim Chong Hee ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dato’ Jevern Lim Chong Hee menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.