Polis juga menemui semula kereta yang dilaporkan dicuri di Sungai Buloh dan dipandu suspek terbabit di Taman Orkid. Kejadian samun kenderaan dan merempuh sekatan polis itu dipercayai melibatkan empat suspek namun setakat ini hanya seorang yang dapat ditahan.
Akhbar semalam melaporkan Lans Koperal Rozaili Hamid, 28, cedera di dahi, kepala, bahu dan rusuk kiri akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu penjenayah ketika mengelak sekatan polis di Batu 10.
Sumber: Akhbar Kosmo
