Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Rempuh Polis Ditahan

Published: 17 Jun 2014 1.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SUSPEK REMPUH POLIS DITAHAN: Polis menahan seorang pemuda dipercayai pemandu kereta yang merempuh sekatan jalan sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera di Batu 10, Lebuh Raya Cheras-Kajang, kelmarin. Polis juga menemui semula kereta yang dilaporkan dicuri di Sungai Buloh dan dipandu suspek terbabit di Taman Orkid. Kejadian samun kenderaan dan merempuh sekatan polis itu dipercayai melibatkan empat suspek nam
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-rempuh-polis-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:50 MYT
SUSPEK REMPUH POLIS DITAHAN: Polis menahan seorang pemuda dipercayai pemandu kereta yang merempuh sekatan jalan sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera di Batu 10, Lebuh Raya Cheras-Kajang, kelmarin.

Polis juga menemui semula kereta yang dilaporkan dicuri di Sungai Buloh dan dipandu suspek terbabit di Taman Orkid. Kejadian samun kenderaan dan merempuh sekatan polis itu dipercayai melibatkan empat suspek namun setakat ini hanya seorang yang dapat ditahan. 

Akhbar semalam melaporkan Lans Koperal Rozaili Hamid, 28, cedera di dahi, kepala, bahu dan rusuk kiri akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu penjenayah ketika mengelak sekatan polis di Batu 10.

Sumber: Akhbar Kosmo

Suspek Rempuh Polis Ditahan
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM