Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Pecah Rumah Miliki 23 Rekod Jenayah

Published: 19 Jun 2014 1.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki ditahan polis semalam dipercayai menjalankan kegiatan jenayah pecah rumah di Taman Kosas Ampang, Selangor. Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Rondaan Ber..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-pecah-rumah-miliki-23-rekod-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:50 MYT

Seorang lelaki ditahan polis semalam dipercayai menjalankan kegiatan jenayah pecah rumah di Taman Kosas Ampang, Selangor. Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Unit Kereta Peronda (MPV) daerah Ampang Jaya.

Pemeriksaan polis terhadap lelaki tersebut telah menemui pelbagai peralatan pecah rumah serta pelbagai barangan berharga yang dipercayai hasil daripada kegiatan jenayah pecah rumah. Semakan rekod juga mendapati lelaki tersebut mempunyai 23 rekod jenayah lampau dan positif dadah.

Suspek Pecah Rumah Miliki 23 Rekod Jenayah

Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM