Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Menyamar Pekerja Tnb Ditahan

Published: 19 Jun 2014 1.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu dan memberi maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkapnya suspek kes menyamar pekerja TNB yang bergiat aktif di s..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-menyamar-pekerja-tnb-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:21 MYT

Polis Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu dan memberi maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkapnya suspek kes menyamar pekerja TNB yang bergiat aktif di sekitar daerah Perak Tengah sejak April 2013.

Suspek yang memakai pakaian menyerupai pekerja TNB memperdayakan mangsa yang terdiri daripada warga emas dengan memberi alasan mahu memeriksa suis di dalam rumah sebelum merompak mangsa.

Suspek dipercayai terlibat dengan kes menyamar pekerja TNB di Kg Selat, Bota Kanan, Batu 26 Jln Tronoh, Bota Kanan, Batu 14 1/4, Padang Marhum, Lambor Kanan , Kg Semangat 2, Titi Gantung Bota dan Batu 14 3/4, Teluk Bakong.

Suspek Menyamar Pekerja Tnb Ditahan
Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM