Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Kes Tendang Kereta Berjaya Diberkas

Published: 10 Jan 2017 4.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Georgetown, 10 Januari 2017 - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang juga suspek kes tendang kereta di Jalan Masjid Kapitan, Keling, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-kes-tendang-kereta-berjaya-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:25 MYT

SUSPEK KES TENDANG KERETA BERJAYA DIBERKAS

Georgetown, 10 Januari 2017 - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang juga suspek kes tendang kereta di Jalan Masjid Kapitan, Keling, di sini, semalam.

Suspek yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai juruteknik itu berjaya ditahan di Jalan Pahang, di sini, 3 petang hari ini.

Menurut sumber, lelaki terbabit dilihat dalam keadaan mencurigakan dan polis turut merampas motosikal yang ditunggangnya.

"Siasatan mendapati suspek terbabit dalam kes bersangkut satu laporan di Balai Polis Central.

"Setakat ini, polis menahannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Semalam, satu video memaparkan seorang lelaki mengamuk dan menendang sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki sebuah keluarga menjadi tular di laman sosial.

Suspek dikatakan berang motosikal ditunggangnya hampir terbabas ketika mahu memotong kereta dipandu lelaki berusia 33 tahun ketika berada di Jalan Masjid Kapitan Keling, jam 11.30 pagi, semalam.

Dia kemudian mengekori kereta mangsa hingga tiba di lampu isyarat depan bangunan 1st Avenue, sebelum turun dari motosikal serta menendang bahagian belakang kereta.

Mangsa yang bimbang dengan keselamatan dia dan ahli keluarga terus memandu keretanya ke Balai Polis Central.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/node/195630

ArticlePublished 10 Jan 2017 4.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM