Suspek Kes Tembak Polis Di Kuantan Dikenal Pasti
Bentong,
20 Feb - Polis Pahang sudah mengenal pasti suspek yang menembak mati
Koperal Abdul Halim Md Ali dalam kejadian di kawasan Ladang LKPP, Jaya
Gading pada 6 Jan lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata usaha memburu lelaki berusia lewat 20-an itu sedang giat dijalankan.
"Siasatan
masih diteruskan sehingga kini, polis akan menjejaki suspek sehingga ke
lubang cacing," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian
sumbangan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) Pahang, di
Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong hari ini.
Dalam
kejadian itu, Abdul Halim yang juga bekas komando ditemui mati pada
pukul 9.45 pagi dengan kesan tembakan di dada dan muka selepas hilang
selama 12 jam ketika mengejar dua suspek membawa senjata api di kawasan
ladang berkenaan.
Enam
hari kemudian polis menahan dua beradik berusia 19 dan 33 tahun bagi
membantu siasatan, bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan seminggu
kemudian.
Sumber : BERNAMA