Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Kes Tembak Polis Di Kuantan Dikenal Pasti

Published: 19 Jun 2014 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bentong, 20 Feb - Polis Pahang sudah mengenal pasti suspek yang menembak mati Koperal Abdul Halim Md Ali dalam kejadian di kawasan Ladang LKPP, Jaya Gading pada 6 Jan lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-kes-tembak-polis-di-kuantan-dikenal-pasti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:56 MYT

Bentong, 20 Feb - Polis Pahang sudah mengenal pasti suspek yang menembak mati Koperal Abdul Halim Md Ali dalam kejadian di kawasan Ladang LKPP, Jaya Gading pada 6 Jan lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata usaha memburu lelaki berusia lewat 20-an itu sedang giat dijalankan.

"Siasatan masih diteruskan sehingga kini, polis akan menjejaki suspek sehingga ke lubang cacing," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) Pahang, di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong hari ini.

Dalam kejadian itu, Abdul Halim yang juga bekas komando ditemui mati pada pukul 9.45 pagi dengan kesan tembakan di dada dan muka selepas hilang selama 12 jam ketika mengejar dua suspek membawa senjata api di kawasan ladang berkenaan.

Enam hari kemudian polis menahan dua beradik berusia 19 dan 33 tahun bagi membantu siasatan, bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan seminggu kemudian.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM