Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Kes Dera Kanak Kanak Diberkas

Published: 17 Jun 2014 5.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Siasatan awal kita dapati terdapat kesan dera pada dua kanak-kanak ini dan kita masih menunggu laporan penuh dari pihak hospital berhubung kecederaan yang dialami dua beradik itu,' katanya menambah i..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-kes-dera-kanak-kanak-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:57 MYT

Kuala Terengganu, 25 Jun - Polis hari ini menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang diselamatkan dari sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ACP K. Manoharan berkata dalam operasi pukul 12 tengah hari di sebuah rumah awam kos rendah Gong Badak itu, polis turut menahan ibu kanak-kanak malang berkenaan.

Ketika diserbu, polis mendapati ada dua kanak-kanak dipercayai adik kepada mangsa dera, yang masing-masing berusia lima dan dua tahun setengah bersama pasangan berkenaan, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

"Sebaik menerima maklumat, kita terus melakukan serbuan dan berjaya menahan suspek yang merupakan penagih tegar," katanya menambah dua kanak-kanak yang ditemui bersama pasangan itu berada dalam keadaan sihat.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun dan ibu kanak-kanak itu yang berusia 28 tahun positif dadah jenis Methamphetamin.

Suspek yang bekerja sebagai buruh kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala wanita yang dipercayai isterinya serta dua kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Siasatan awal kita dapati terdapat kesan dera pada dua kanak-kanak ini dan kita masih menunggu laporan penuh dari pihak hospital berhubung kecederaan yang dialami dua beradik itu," katanya menambah ibu kanak-kanak terbabit mengalami patah tangan.

Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun bukan sahaja dipukul dan dicucuh puntung rokok tetapi juga dikurung dan dibiarkan kelaparan selama beberapa hari dalam kejadian di sebuah rumah di Gong Badak.

Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan pasukan polis pada pukul 4.30 petang semalam, susulan laporan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang menerima maklumat orang awam berhubung tangisan kanak-kanak dari rumah tersebut.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM