Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Kes Bunuh Warga Emas Di Kampar Diberkas

Published: 18 Mar 2016 8.43 AM Updated: 15 Aug 2026 7.30 PM
Ipoh, 18 Mac- Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh lelaki warga emas di Jalan Hospital di Kampar, Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-kes-bunuh-warga-emas-di-kampar-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:33 MYT

Ipoh, 18 Mac- Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh lelaki warga emas di Jalan Hospital di Kampar, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata suspek berusia 43 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan di Jalan Idris, Kampar kira-kira pukul 11.40 pagi tadi.

"Ketika ditahan suspek berada dalam kereta bersama seorang lelaki dipercayai 'bos' beliau dan hasil siasatan mendapati lelaki itu tidak terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

"Kita akan menjalankan siasatan untuk membawa kes itu ke mahkamah, namun sehingga kini polis belum menemukan pisau disyaki diguna untuk membunuh mangsa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Anak-Anak Cemerlang warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak di sini hari ini.

Pada majlis itu, 194 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam
pelbagai peperiksaan awam menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa Loo Chee Man, 61, ditemui mati oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tepi jalan dengan enam kesan tikaman di badan.

Ng berkata mangsa dipercayai ditikam seorang lelaki selepas berlaku
pertengkaran dipercayai berkaitan hutang.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, suspek turut terlibat dalam
kegiatan pinjaman wang secara haram serta perjudian haram lumba kuda dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

ArticlePublished 18 Mar 2016 8.43 AMUpdated 15 Aug 2026 7.30 PM