Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Kes Bunuh Dan Bakar Empat Sekeluarga Didakwa Esok

Published: 18 Dec 2017 8.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Klang, 18 Dis 2017 - Suspek kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini pada 13 Dis lepas, akan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-kes-bunuh-dan-bakar-empat-sekeluarga-didakwa-esok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:55 MYT


Klang, 18 Dis 2017 - Suspek kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini pada 13 Dis lepas, akan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata pihaknya telah menghantar kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian mengarahkan supaya suspek didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan lima pertuduhan menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Selain itu, siasatan kita juga mendapati, anak perempuan mangsa yang juga teman wanita  suspek tidak terlibat dalam kes ini dan dia tidak tahu menahu bahawa suspek (teman lelakinya) telah membunuh ibu bapa serta dua anak saudaranya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suspek yang merupakan Orang Kelainan Upaya pekak dan bisu, ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur kira-kira pukul 1 pagi 15 Dis lepas, oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 pagi itu, empat sekeluarga dibunuh sebelum dibakar di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Mereka yang terkorban dikenali sebagai  Chia Tee Nang, 73; isterinya  Lim Mai Shak, 68,  dan dua cucu lelaki mereka, Ryan Chia, 9 serta Chia Yuan Bin, 3. - BERNAMA

ArticlePublished 18 Dec 2017 8.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM