Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Guna Peluru Guli Pecah Kenderaan Dicekup

Published: 16 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Guna lastik dan guli kaca sebagai senjata melakukan jenayah. Itu antara taktik digunakan seorang suspek professional yang dikesan aktif melakukan puluhan kes pecah kenderaan di sekitar ibu kota.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-guna-peluru-guli-pecah-kenderaan-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:21 MYT

Guna lastik dan guli kaca sebagai senjata melakukan jenayah. Itu antara taktik digunakan seorang suspek professional yang dikesan aktif melakukan puluhan kes pecah kenderaan di sekitar ibu kota. 

Suspek berusia 44 tahun itu dikesan melakukan jenayah itu secara solo dan menjadikan barangan berharga yang ditinggalkan di dalam kenderaan sebagai sasaran utama. Suspek menjadikan mangsa wanita yang meninggalkan barang atau beg tangan di dalam kenderaan sebagai sasaran utama. 

Kegiatan suspek bagaimanapun ditumpaskan apabila pihak Polis Daerah Cheras berjaya memberkas lelaki itu di hadapan Mah Seng Jalan Sungai Besi. 

Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan yang dipakai suspek menjumpai lastik dan 15 biji guli bersama peralatan yang diubah suai bagi memecah masuk kenderaan mangsa.

Sumber: Harian Metro
Suspek Guna Peluru Guli Pecah Kenderaan Dicekup

ArticlePublished 16 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM