Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Dera Kanak Kanak 2 Tahun Di Kuala Terengganu Diberkas

Published: 17 Jun 2014 5.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Kampung Taman Permint Permai, Bukit Chendering di sini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-dera-kanak-kanak-2-tahun-di-kuala-terengganu-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:19 MYT
KUALA TERENGGANU, 13 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Kampung Taman Permint Permai, Bukit Chendering di sini.

Lelaki berusia 28 tahun yang merupakan teman lelaki ibu kanak-kanak itu, ditahan pada pukul 1.40 pagi semalam di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Merawang, Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata lelaki yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Marang itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

"Semasa ditahan, kami turut menjumpai sebuah motosikal yang dilaporkan dicuri di Kuala Terengganu dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Isnin lepas, Jabatan Kebajikan Masyarakat menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya.

Budak perempuan berusia dua tahun tujuh bulan itu ditemui dalam keadaan sebelah kakinya berwarna kehitam-hitaman dan berbau busuk dipercayai akibat terkena objek panas lebih seminggu lepas.

Manoharan berkata polis telah merakam keterangan daripada ibu mangsa dan menggunakan khidmat Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) untuk mengambil keterangan daripada kanak-kanak berkenaan.

"Berdasarkan siasatan awal, kami dapati memang terdapat unsur penderaan pada mangsa, dengan kecederaan paling serius ialah di bawah tapak kaki kanak-kanak itu yang melecur akibat bahan panas.

"Kami percaya mangsa telah seminggu didera berdasarkan kesan luka yang dialami sebelum laporan dibuat. Selain itu terdapat juga beberapa kesan kecederaan lama dan baharu di badan mangsa," katanya.

Manoharan berkata bapa kanak-kanak itu kini menjalani hukuman penjara kerana masalah dadah.

Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan tinjauan Bernama di HSNZ mendapati kanak-kanak itu dijaga ibunya.

-- BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 5.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM