Suspek Curi Kereta Mewah Berjaya Ditahan
Suspek
merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun yang didapati positif dadah
jenis metaphetamin telah Berjaya ditahan oleh pihak polis di Taman Tan
Sri Yaakob, Johor Bahru.
Taktik seorang suspek menukar
nombor pendaftaran kereta mewah BMW 3201 yang dicuri kepada nombor
kenderaan Singapura bagi mengelak dikesan gagal kerana dia akhimya
dicekup.
Suspek
dilaporkan melarikan kenderaan tersebut di sebuah pasar raya terkenal
di Bukit Indah. Suspek mengambil kesempatan melarikan kereta itu pada
pukul 5.30 petang ketika pemiliknya sedang memasukkan barang ke dalam
kenderaan tersebut. Penjenayah itu kemudian menukar nombor pendaftaran
kereta tersebut dengan nombor pendaftaran kenderaan Singapura yang lama
bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Suspek
kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun serta
denda jika disabitkan kesalahan.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
