Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Curi Kereta Mewah Berjaya Ditahan

Published: 17 Jun 2014 3.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Taktik seorang suspek menukar nombor pendaftaran kereta mewah BMW 3201 yang dicuri kepada nombor kenderaan Singapura bagi mengelak dikesan gagal kerana dia akhimya dicekup...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-curi-kereta-mewah-berjaya-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:14 MYT

Suspek merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun yang didapati positif dadah jenis metaphetamin telah Berjaya ditahan oleh pihak polis di Taman Tan Sri Yaakob, Johor Bahru.

Taktik seorang suspek m
enukar nombor pendaftaran kereta mewah BMW 3201 yang dicuri kepada nombor kenderaan Singapura bagi mengelak dikesan gagal kerana dia akhimya dicekup.

Suspek dilaporkan melarikan kenderaan tersebut di sebuah pasar raya terkenal di Bukit Indah. Suspek mengambil kesempatan melarikan kereta itu pada pukul 5.30 petang ketika pemiliknya sedang memasukkan barang ke dalam kenderaan tersebut. Penjenayah itu kemudian menukar nombor pendaftaran kereta tersebut dengan nombor pendaftaran kenderaan Singapura yang lama bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun serta denda jika disabitkan kesalahan.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA
Suspek Curi Kereta Mewah Berjaya Ditahan

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM