Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suspek Bunuh Pemandu Teksi Di Kahang Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 9.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru, 4 Feb - Polis menahan seorang suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pemandu teksi di Kahang, Kluang semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-bunuh-pemandu-teksi-di-kahang-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:59 MYT

Johor Bahru, 4 Feb - Polis menahan seorang suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pemandu teksi di Kahang, Kluang semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata suspek berumur 35 tahun itu ditahan di Kampung Sri Cahaya, Kluang.

Tengah hari semalam seorang pemandu lelaki berusia 60 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah, dengan kesan kelar di tangan dan tikaman di perut, hasil laporan orang ramai.

"Penjenayah merupakan bekas penagih dadah dan akan ditahan reman bagi meneruskan siasatan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan pihak polis juga mendapati penjenayah telah melakukan samun terhadap si mati.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman mati. 


Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 9.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM