Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Bunuh Bekas Adun Direman 7 Hari

Published: 13 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis percaya suspek kes bunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Alias Abdullah, adalah antara 10 individu yang ditahan berdasarkan wajah yang di-rakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai serbaneka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-bunuh-bekas-adun-direman-7-hari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:18 MYT

Polis percaya suspek kes bunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Alias Abdullah, adalah antara 10 individu yang ditahan berdasarkan wajah yang di-rakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai serbaneka. 

Suspek yang dikenal pasti melalui rakaman CCTV dari sebuah kedai serbaneka itu, dipercayai ditahan di sekitar daerah Marang oleh pasukan khas polis pada 6 November lalu.

Suspek berusia 20-an ditahan bersama seorang lagi rakannya yang dipercayai turut terbabit dalam kes berkenaan di rumah masing-masing.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abdul Rahman, berkata semua suspek direman tujuh hari yang berakhir semalam bagi membantu siasatan. 

"Hari ini (semalam), polis memperoleh perintah sambung reman terhadap semua suspek sehingga 18 dan 19 November ini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam. 

Datuk Rosli berkata, tangkapan itu turut membabitkan suspek kes tembak di Pulau Kambing, di sini, pada 27 Ogos lalu. 

"Polis percaya tangkapan ini dapat membantu menyelesaikan kedua-dua kes itu," katanya. 

Alias maut akibat ditembak di pipi kiri selepas solat Jumaat di rumahnya di Kampung Alur Limbat, Bukit Payong, Marang pada 9 Oktober lalu

Sumber : Berita Harian

ArticlePublished 13 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM