Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suspek Buang Janin Bayi Dalam Tandas Hospital Diburu

Diterbitkan: 17 Oct 2016 2.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Kelantan sedang memburu suspek yang membuang janin bayi lelaki dalam mangkuk tandas di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-buang-janin-bayi-dalam-tandas-hospital-diburu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:06 MYT

Polis Kelantan sedang memburu suspek yang membuang janin bayi lelaki dalam mangkuk tandas di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, kelmarin.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad, janin bayi yang dijumpai yang dianggarkan berusia 6 bulan itu sempurna sifatnya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil siasatan polis mendapati janin bayi malang itu dijumpai 48 jam setelah ia dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan oleh suspek.

Pihak polis akan menyiasat dari segala sudut untuk mengesan suspek dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Sumber: Kosmo

Suspek Buang Janin Bayi Dalam Tandas Hospital Diburu
ArtikelDiterbitkan 17 Oct 2016 2.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM