Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Superitendan Ahmad Dzaffir Dilantik Jadi Penasihat Keselamatan Perwakilan Tetap Pbb

Published: 11 Jul 2014 2.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SUPT Ahmad Dzaffir dipilih menjawat jawatan tersebut berdasarkan rekod perkhidmatan yang cemerlang di samping ilmu pengetahuan serta kredibiliti untuk menggalas tugas dengan berkesan dan efektif sekal..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/superitendan-ahmad-dzaffir-dilantik-jadi-penasihat-keselamatan-perwakilan-tetap-pbb
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT
SUPERITENDAN AHMAD DZAFFIR DILANTIK JADI PENASIHAT KESELAMATAN PERWAKILAN TETAP PBB

Bukit Aman, 4 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merasa cukup bertuah apabila seorang daripada warganya dipilih untuk menjadi Penasihat Keselamatan Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat yang merupakan kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan itu.

Beliau yang dimaksudkan adalah Superitendan (SUPT) Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang telah memulakan tugas pada 4 Julai 2014 bagi penggal 2015-2016 dan dijangka pulang ke tanah air pada tahun 2017.

Sebelum ini, beliau bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak.

SUPT Ahmad Dzaffir dipilih menjawat jawatan tersebut berdasarkan rekod perkhidmatan yang cemerlang di samping ilmu pengetahuan serta kredibiliti untuk menggalas tugas dengan berkesan dan efektif sekaligus mampu menyumbang kepada usaha Malaysia memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai ahli tidak tetap Majlis tersebut. 

Pemilihan ini diharap mampu meneruskan kesinambungan komitmen PDRM yang selama ini telah menyertai pelbagai operasi pengaman serta menjalinkan kerjasama dengan negara anggota-anggota PBB lain dalam menangani pelbagai isu keselamatan yang kian dinamik dan kompleks seperti nuklear, pelucutan senjata, maritim dan jenayah merentasi sempadan.

Superitendan Ahmad Dzaffir Dilantik Jadi Penasihat Keselamatan Perwakilan Tetap Pbb
SUPERITENDAN AHMAD DZAFFIR, PENASIHAT KESELAMATAN PERWAKILAN TETAP PBB
ArticlePublished 11 Jul 2014 2.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM