Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sultan Perak Dan Tuanku Zara Berkenan Berangkat Ke Sambutan Aidilfitri Pdrm Perak

Published: 20 May 2023 9.11 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Perak Tengah, 21 Mei 2023 - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak Tahun 2023, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sultan-perak-dan-tuanku-zara-berkenan-berangkat-ke-sambutan-aidilfitri-pdrm-perak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:48 MYT

Perak Tengah, 21 Mei 2023 - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak Tahun 2023, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini.

Keberangkatan tiba baginda berdua kira-kira jam 8.30 malam itu disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa dan Ketua Polis Perak, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah bersama DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim.

Seusai berangkat tiba, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara dipersembahkan dengan majlis santapan juadah hari raya sebelum bercemar duli menyampaikan duit raya kepada 66 orang anak-anak yatim dari Rumah Bait Al-Amin dan Rumah Al-Munirah, Parit, Perak.

Baginda berdua bersama pucuk pimpinan Pasukan juga sempat beramah mesra dan bersalaman dengan hampir 3000 warga PDRM yang hadir, sebelum berangkat meninggalkan majlis sekitar jam 10.00 malam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad bersama isteri, Datin Seri Aezer Zubir, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Dato’ Pahlawan Azizi Mat Aris dengan isteri, Datin Wanita Wari, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Perak, ahli-ahli PERKEP serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin.

May be an image of 12 people

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text that says 'Dt Daulat Tuanku'

No photo description available.

May be an image of 7 people, dais, wedding and text that says 'PM'

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 8 people and dais

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 6 people

May be an image of 9 people and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 9 people



ArticlePublished 20 May 2023 9.11 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM