Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sultan Mizan Cup 2022 Kebanggaan Pasukan Timbalan Kpn Tamatkan Kejohanan Kuda Lasak

Published: 17 Oct 2022 7.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Setiu, 15 Oktober 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain terus menjadi kebanggaan Pasukan dan atlet sukan kuda lasak Polis Diraja Malaysia (PDRM), apabila sekali lagi berjaya menamatkan acara Concours de Reid d' Endurance National 40 kilometer di Terengganu International Endurance Park -TIEP, dekat Lembah Bidong di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sultan-mizan-cup-2022-kebanggaan-pasukan-timbalan-kpn-tamatkan-kejohanan-kuda-lasak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:21 MYT
Setiu, 15 Oktober 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain terus menjadi kebanggaan Pasukan dan atlet sukan kuda lasak Polis Diraja Malaysia (PDRM), apabila sekali lagi berjaya menamatkan acara Concours de Reid d' Endurance National 40 kilometer di Terengganu International Endurance Park -TIEP, dekat Lembah Bidong di sini, semalam.

Beliau yang memakai jersi nombor 129 bersama dua atlet PDRM lain, iaitu Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), ACP Rosman Kasman dan Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PSP, DSP Nurhidayah Damanhoori mengambil bahagian bersama 87 atlet sukan kuda lasak bermula jam 6.30 pagi semalam.

Lebih istimewa, kemenangan berganda pada tahun ini apabila beliau bersama kuda kesayangannya yang diberi nama 'Lord Reza' mencatatkan masa di garisan penamat selama 2 jam 32 minit dan 15 saat.

Sebagai rekod, Tan Sri Razarudin mencatat sejarah sebagai Timbalan KPN pertama berjaya menamatkan perlumbaan sukan kuda lasak yang berlangsung pada 13 Februari dan 18 Jun lalu di lokasi sama.

Turut berlangsung menerusi acara berlainan ialah "Barrel Race" yang melibatkan dua ekor kuda milik PDRM. Kuda di bawah jagaan Koperal Che Mohd Rofiza Che Musa dan Lans Koperal Muhammad Zulkifli Jamaluddin dari PSP itu turut berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 20.43 saat dan 20.71 saat.

Acara penyampaian sijil dan cendera kenangan kepada Tan Sri Razarudin tadi disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut menerima sijil ialah atlet sukan kuda lasak, Encik Wan Akmal Wan Mahmood dari Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi dan Encik Mohamad Farhan Mohamad dari Kok Mak Stable.

Jurugambar: Insp Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin

May be an image of 4 people, people standing, horse, outdoors and text

May be an image of 2 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 2 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 1 person, horse and outdoors

May be an image of 2 people, people standing, horse and outdoors

ArticlePublished 17 Oct 2022 7.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM