Putrajaya-5 Jun 2007. Polis Diraja Malaysia telah menghantar seramai 78 atlit wanita bagi menyertai 6 acara sukan daripada 12 acara yang dipertandingkan didalam Sukan Wanita Kebangsaan II 2007, bermula 1 hingga 9 Jun 2007.Acara-acara tersebut ialah lawn bowls, bola jaring, kayak, silat, triathlon dan olahraga.
Acara kayak yang bermula 3 hingga 5 Jun 2007 telah berlangsung di Kompleks Sukan Air, Persint 6, Putrajaya. Polis Diraja Malaysia telah menyapu bersih kesemua pingat emas dalam acara yang dipertandingkan iaiatu acara Marathon 12kmTK1 dan TK 2, 500 meter TK1 & TK2, 200 meter TK1 & TK2 serta Dragon Boat 500 meter dan 200 meter. Keseluruhannya, PDRM merangkul 8 pingat emas dan 1 gangsa dalam acara kayak. Tahniah kepada pasukan kayak PDRM.

Pasukan Kayak PDRM yang berjaya merangkul 8 pingat emas dan 1 gangsa dalam acara yang dipertandingkan, bergambar kenangan selepas tamat acaradi Kompleks Sukan Air Putrajaya
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Sukan Wanita Kebangsaan Ii 2007
Polis Diraja Malaysia telah menghantar seramai 78 atlit wanita bagi menyertai 6 acara sukan daripada 12 acara yang dipertandingkan didalam Sukan Wanita Kebangsaan II 2007..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sukan-wanita-kebangsaan-ii-2007
Scan to view the latest live version.