Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sukan Sea Ke 29 Latihamal Ex Rimau Kl Sentral

Published: 20 Jul 2017 8.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 19 Julai 2017 – Seramai 585 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalani sesi Latihamal Ex-Rimau 2017 di Terminal Udara Stesen Sentral Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sukan-sea-ke-29-latihamal-ex-rimau-kl-sentral
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:47 MYT

Kuala Lumpur, 19 Julai 2017 – Seramai 585 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalani sesi Latihamal Ex-Rimau 2017 di Terminal Udara Stesen Sentral Kuala Lumpur,  di sini, pagi tadi.

Latihamal ini merupakan siri latihan kelima setelah empat siri di Stadium Bukit Jalil, Pulau Langkawi, Kedah, International Endurance Park, Terengganu dan KLCC dengan mengetengahkan beberapa senario utama bagi memastikan PDRM sentiasa siapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang penganjuran temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 pada bulan Ogos ini.

Latihamal kali ini meliputi pelbagai elemen dalam PDRM seperti Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit Tindakan Khas (UTK), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta anggota tugas am dan juga Polis Bantuan KL Sentral.

Justeru itu, ia menjadi medan menguji keberkesanan perancangan dan tindakbalas PDRM terutamanya di bahagian daerah sebagai ‘First Responder’ disamping menguji peranan dan tugas Komander-komander Briget selaku ketua Pasukan Tindakan Krisis (CRT).

“Dengan adanya latihan sebegini, PDRM sentiasa peka dan bersedia menghadapi segala bentuk ancaman keselamatan,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media di akhir latihamal tadi.

“PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas  kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman awam dan mencetuskan kekacauan semasa berlangsungnya sukan SEA ke-29 nanti,” tambahya lagi.

Turut hadir dalam latihamal tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Haji Mazlan Lazim, Ketua Polis Daerah Brickfield, ACP Ruslan Khalid selaku Ground Commander, Pegawai-pegawai kanan PDRM dan rakan–rakan media.

Latihamal Ex-Rimau 2017 di Terminal Udara Stesen Sentral Kuala Lumpur
IMG_2735


IMG_2987IMG_3069IMG_2901IMG_2792
ArticlePublished 20 Jul 2017 8.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM