
Artikel
Sukan Sea 2021 Setinggi Tinggi Ucapan Syabas Dan Tahniah Koperal Mohd Fauzi Khalid Serta Lans Koperal Mohd Taqiyuddin Hamid
Tahniah! Tahniah! Tahniah! Buat anggota Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia yang juga jaguh pencak silat kebangsaan, Lans Koperal Mohd Taqiyuddin Hamid bersama...
Tahniah! Tahniah! Tahniah! Buat anggota Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia yang juga jaguh pencak silat kebangsaan, Lans Koperal Mohd Taqiyuddin Hamid bersama pasangannya, Sazzlan Yuga kerana meraih pingat emas acara Pencak Silat kategori ganda di Sukan SEA Hanoi, Vietnam 2021.
Ucapan sama dititipkan jua buat Koperal Mohd Fauzi Khalid yang meraih pingat gangsa bagi acara sama, kelas G kategori 75 sehingga 80 kilogram di dalam sukan berprestij tersebut.
Bagi pihak Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan seluruh keluarga besar PDRM, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kedua-dua atlet Pasukan itu kerana telah mengharumkan nama negara.
Lans Koperal Mohd Taqiyuddin Hamid dan Koperal Mohd Fauzi Khalid, anda berdua adalah jaguh kebanggaan kami!
#SukanSEA2021
#SEAGames2021
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP



