Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010

Published: 10 Jun 2014 6.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dengan penyertaan seramai 232 orang pegawai-pegawai kerajaan, Sukan Empat Penjuru (SUKEP) Tahun 2010 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, telah ditutup dengan rasminya pada petang ini..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sukan-empat-penjuru-sukep-tahun-2010
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:47 MYT
Bangi, Selangor - 28 November 2010

Dengan penyertaan seramai 232 orang pegawai-pegawai kerajaan, Sukan Empat Penjuru (SUKEP) Tahun 2010 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam, telah ditutup dengan rasminya pada petang ini, bertempat di Dewan ILSAS UNITEN, Bangi, Selangor.

Majlis Penutupan Sukan Empat Penjuru Tahun 2010 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menjadi tuan rumah di SUKEP Tahun 2010 ini.  Empat pasukan telah mengambil bahagian dalam SUKEP Tahun 2010, iaiatu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Persatuan Pegawai Tadbir Diplomatik. Sebanyak empat acara telah dipertandingkan iaitu golf, futsal, badminton dan bowling.

Sukan Empat Penjuru (SUKEP), telah bermula pada tahun 2009, dianjurkan pertama kalinya oleh Persatuan Pegawai Tadbir Diplomatik. Tujuan SUKEP diadakan ialah untuk memupuk semangat kesukanan diantara pegawai-pegawai kerajaan, menjalinkan silatulrahim dan merapatkan serta memudahkan penugasan dan urusan tugas.

Pertandingan golf telah diadakan di Bangi Golf Resort, acara badminton di Dewan ILSAS UNITEN Bangi, acara bowling di South City Plaza, Sri Kembangan dan futsal di Sport Planet, Kota Damansara, Selangor.

YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara telah bersama-sama Pegawai-pegawai Kanan PDRM,  turut menyertai acara golf di Bangi Golf Resort petang semalam. Acara ini  juga turut disertai oleh Y.Bhg
Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Amat Setia Dato' Wan Mohd Noor bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Y.Bhg Dato' Dr. Haji Mohd Azhar bin Yahya, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Saya berharap, SUKEP ini akan terus diadakan saban tahun, bagi meningkatkan kerjasama antara pegawai-pegawai kerajaan, beramah mesra serta menjalinkan hubungan silatulrahum dengan lebih akrab", antara ucapan oleh
Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara.

Angkatan Tentera Malaysia telah menjadi Johan Keseluruhan dengan memungut 7 pngat emas, 5 perak dan 5 gangsa. Polis Diraja Malaysia menduduki tempat kedua dengan 7 pingat emas, 4 perak dan 4 gangsa diikuti oleh Persatuan Pegawai Takbir Diplomatik dan Jabatn Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pingat emas Polis Diraja Malaysia telah disumbang melalui acara bowling ( 3 emas) badminton (3 emas) dan Futsal ( 1 emas).

Dimajlis penutup itu juga,
Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara telah menyerahkan bendera kejohanan kepada YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas PDRM yang mewakili Ketua Polis Negara, untuk penganjuran Sukan Empat Penjuru Tahun 2011.

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara di Bangi Golf Resort, Bangi.

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
Pasukan Bowling PDRM, berjaya membawa pulang 3 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa di Sukan Empat Penjuru Tahun 2010.

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
Pasukan Polis 'B' yang menjadi Johan dalam acara Futsal.

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
Bergambar kenangan sebelum bermulanya acara golf...

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
dari kanan...YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, Yang Amat Setia Dato' Wan Mohd Noor bin Haji Ibrahim, Ketua Pemgarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
Pertandingan akhir beregu lelaki antara Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (baju hitam).. Emas milik PDRM.

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
Ucapan Penutupan Sukan Empat Penjuru Tahun 2010 oleh
Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara.

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
ASP Sahimi bin Husin, Ketua Pasukan Badminton PDRM menerima `Piala Kejohanan dari Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara.

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
Johan Futsal...Ketua Pasukan Futsal, C/Insp Megat Shamsul Suffian bin Megat Mohd Iesha menerima Piala Kejohanan

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
Upacara menurunkan bendera kejohanan...

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara menyerahkan bendera kejohanan kepada YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas PDRM yang mewakili Ketua Polis Negara, untuk penganjuran Sukan Empat Penjuru bagi Tahun 2011

Sukan Empat Penjuru Sukep Tahun 2010
Yang Amat Setia Dato' Wan Mohd Noor bin Haji Ibrahim, Ketua Pemgarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas PDRM
ArticlePublished 10 Jun 2014 6.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM