Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga Lelaki Terlibat Kemalangan Kantoi Ada Pistol

Published: 24 Aug 2017 7.33 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menahan lelaki berusia 30 tahun selepas menemui sepucuk pistol bersamanya ketika suspek yang menunggang motosikal terbabit kemalangan di Kampung Alor Redis, Arau, 11 pagi hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sudah-jatuh-ditimpa-tangga-lelaki-terlibat-kemalangan-kantoi-ada-pistol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:27 MYT

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA, LELAKI TERLIBAT KEMALANGAN KANTOI ADA PISTOL

Polis menahan lelaki berusia 30 tahun selepas menemui sepucuk pistol bersamanya ketika suspek yang menunggang motosikal terbabit kemalangan di Kampung Alor Redis, Arau, 11 pagi hari ini.

Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kemalangan itu bergegas ke lokasi kejadian namun sebaik tiba mendapati lelaki itu memiliki sepucuk pistol.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pistol itu berisi peluru.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagaimana suspek memiliki pistol itu dan digunakan untuk tujuan apa.

"Suspek yang cedera ringan di kaki disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.

Sumber: 

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/256930/mangsa-kemalangan-bawa-pistol#cxrecs_s
ArticlePublished 24 Aug 2017 7.33 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM