Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suasana Di Klang Utara Kembali Aman Dan Tenang Pemangku Ke

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.45 PM
Shah Alam, 17 Julai - Suasana di daerah Klang Utara yang sebelum ini kecoh berikutan dua pergaduhan, kini kembali aman dan tenang, kata Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suasana-di-klang-utara-kembali-aman-dan-tenang-pemangku-ke
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:49 MYT

Shah Alam, 17 Julai - Suasana di daerah Klang Utara yang sebelum ini kecoh berikutan dua pergaduhan, kini kembali aman dan tenang, kata Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati dan bermuafakat dalam memastikan semua pihak dapat terus hidup dengan tenteram.

"Semua orang sukakan keamanan jadi orang ramai perlu memastikan suasana itu sentiasa dikekalkan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Buku Thirukkural kepada Lokap Berpusat di Shah Alam di sini hari ini.

Dua pergaduhan itu berlaku di daerah Klang Utara pada 10 dan 14 Julai akibat salah faham dan rasa tidak puas hati individu terlibat.

Dalam kejadian 10 Julai lepas, polis menahan tiga lelaki selepas terlibat dalam kejadian serangan ke atas sekumpulan lelaki di kawasan Flat Rebana, Bandar Baru Bukit Raja dekat sini menyebabkan dua lelaki berumur lingkungan 20-an cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan.

Pada 14 Julai, tiga lelaki yang sedang minum cedera selepas diserang sekumpulan 10 lelaki bermotosikal yang bersenjatakan kayu besbol dan parang di kawasan perumahan Taman Ismail, Sungai Pinang dekat sini.

Sementara itu, mengulas mengenai insiden seorang lelaki yang mendakwa diculik oleh sekumpulan lelaki setelah dia membuat paparan kontroversi yang mempersenda Ramadan, Thaiveegan berkata polis telah menahan reman empat lelaki bagi membantu siasatan sehingga 22 Julai ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

"Siasatan masih dijalankan dan kita minta supaya semua pihak bertenang dan jangan mengambil tindakan sendiri," katanya.

Dalam kejadian 3 pagi kelmarin, Ng Mun Tatt, 24, dikatakan telah dilarikan oleh lapan lelaki menaiki Toyota Alphard ketika beliau sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Shah Alam.

Ng dicedera dan dibogelkan sebelum ditinggalkan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), berhampiran susur keluar Setiawangsa.

Terdahulu, Thaiveegan berkata buku Thirukkural merupakan sebuah koleksi kata-kata falsafah dalam Bahasa Tamil yang berusia 2,500 tahun yang menyampaikan mesej serta nasihat supaya berperibadi mulia.

Beliau berkata buku itu, yang turut diterjemah ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sesuai dijadikan bahan bacaan kepada golongan muda sebagai panduan hidup mereka.

"Tujuan kita mengedarkan buku ini di lokap dan penjara supaya ia dapat dijadikan bahan bacaan kepada banduan terbabit supaya mereka dapat berubah menjadi lebih baik," katanya.
 Suasana Di Klang Utara Kembali Aman Dan Tenang Pemangku Ke
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.45 PM