Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suami Pelakon Jelita Ditahan Kes Penipuan Forex

Diterbitkan: 31 May 2018 2.43 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 31 Mei 2018 - Suami kepada seorang pelakon drama ditahanpolis semalam bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing atau Forex dan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-pelakon-jelita-ditahan-kes-penipuan-forex
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:26 MYT

Kuala Lumpur, 31 Mei 2018 - Suami kepada seorang pelakon drama ditahanpolis semalam bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing atau Forex dan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9 juta.

Suspek bergelar Datuk berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari ketika dia hadir untuk memberi keterangan berhubung pelaburan Forex itu di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara di Menara 238, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik mengesahkan tangkapan terbabit.

Sumber : KOSMO

ArtikelDiterbitkan 31 May 2018 2.43 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM