Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suami Kaki Dadah Pukul Isteri Diberkas

Published: 26 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Akibat tidak tahan sering didera mental dan fizikal oleh suami seorang penagih dadah, seorang wanita nekad melaporkan kepada polis tentang kegiatan lelaki tersebut,
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-kaki-dadah-pukul-isteri-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:42 MYT

MIRI 27 Jan. - Akibat tidak tahan sering didera mental dan fizikal oleh suami seorang penagih dadah, seorang wanita nekad melaporkan kepada polis tentang kegiatan lelaki tersebut, 

Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat daerah (IPD) Miri di sini, memberkas suspek berusia 39 tahun di rumahnya di Pujut Padang Kerbau di sini hari ini, 

Menurut sumber, suspek bekerja sebagai mekanik sedang tidur nyenyak semasa polis tiba untuk memeriksa dan menahannya pada pukul 10.30 pagi. 

"Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemukan satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu di rumahnya" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia

Suami Kaki Dadah Pukul Isteri Diberkas

ArticlePublished 26 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM