Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suami Isteri Penjual Buah Ditahan Edar Dadah

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Muar, 11 April - Sepasang suami isteri menjadikan perniagaan buah-buahan yang mereka usahakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada mengesan kegiatan mengedar dadah...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-isteri-penjual-buah-ditahan-edar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:21 MYT
Suami Isteri Penjual Buah Ditahan Edar Dadah
 
>

Muar, 11 April - Sepasang suami isteri menjadikan perniagaan buah-buahan yang mereka usahakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada mengesan kegiatan mengedar dadah.

Namun kegiatan itu berakhir setelah polis menyerbu rumah pasangan itu di Parit Bakar, Jalan Temenggung Ahmad pada Selasa lepas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM55,000.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6.40 petang, sebanyak 2,000 biji pil disyaki dadah Eramin 5, 50 biji pil Ecstasy dan 46.6 gram Ketamin yang kesemuanya boleh menampung bekalan untuk 2,000 penagih dirampas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata hasil siasatan, polis mendapati pasangan berusia 45 tahun itu terlibat dalam pengedaran dadah sejak awal Januari lepas.

Beliau berkata suspek lelaki itu baru sahaja dibebaskan daripada hukuman penjara kerana kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya dan polis telah mendapat perintah reman pasangan tersebut hingga 15 April.

Sementara itu, Azman berkata seorang lelaki warga emas berusia 59 tahun ditahan dalam serbuan di Taman Sakeh Jaya di sini pada 6 April lalu kerana memiliki 509 gram dadah disyaki Ketamin.

Katanya dadah bernilai RM127,000 dalam pasaran itu boleh menampung keperluan 2,000 penagih dan ditemui disembunyikan di bahagian dapur rumah suspek.

Hasil ujian air kencing suspek didapati negatif dan dia tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah lampau.

Lelaki itu ditahan reman sehingga 13 April ini. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM