Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suami Isteri Kaki Lalok

Published: 25 Jun 2018 2.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Terengganu - Sepasang suami isteri dan seorang janda antara empat dicekup dalam keadaan khayal dipercayai sedang 'menikmati' dadah jenis syabu di sebuah pondok berhampiran bangunan UTC di bandaraya ini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-isteri-kaki-lalok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:46 MYT

Kuala Terengganu - Sepasang suami isteri dan seorang janda antara empat dicekup dalam keadaan khayal dipercayai sedang 'menikmati' dadah jenis syabu di sebuah pondok berhampiran bangunan UTC di bandaraya ini, kelmarin.

Pasangan berusia 39 tahun dan janda, 35, seolah-olah tidak pernah serik apabila mengulangi kesalahan sama meskipun memiliki beberapa rekod lampau penyalahgunaan dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati suspek sanggup membina sebuah pondok di lokasi demi melepaskan gian dalam keadaan lebih selesa.

“Selain itu, pondok yang didirikan secara haram dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa daripada aktiviti tidak sihat itu.

"Mereka sengaja membina pondok tersebut dan menjadikannya sebagai salah satu 'port' melepaskan gian bersama rakan penagih yang lain," katanya dalam sidang media selepas Operasi Khas di Dewan Integriti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua ditahan positif dadah jenis syabu.

Kesemuanya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15( 1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Click to add summary
Sumber: Sinar Harian

Suami Isteri Kaki Lalok
ArticlePublished 25 Jun 2018 2.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM