Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suami Isteri Jual Ketum Ditahan

Published: 18 Jun 2014 2.30 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Polis menahan seorang suri rumah dan merampas 653 bungkusan daun ketum bernilai RM1,960 dalam serbuan di rumahnya di Kampung Pida 6 Lama, Kodiang di sini awal pagi ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-isteri-jual-ketum-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:31 MYT

Polis menahan seorang suri rumah dan merampas 653 bungkusan daun ketum bernilai RM1,960 dalam serbuan di rumahnya di Kampung Pida 6 Lama, Kodiang di sini awal pagi ini.

Wanita berusia 31 tahun bersama suaminya dikatakan menjalankan kegiatan membeli daun ketum daripada penduduk kampung sebelum menjualnya dengan harga dua kali ganda kepada pelanggan di Thailand. Suspek yang mempunyai enam anak itu ditahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan dibebaskan dengan jamin mahkamah sebanyak RM4000.


Suami Isteri Jual Ketum Ditahan
Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia
ArticlePublished 18 Jun 2014 2.30 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM