Polis
menahan seorang suri rumah dan merampas 653 bungkusan daun ketum
bernilai RM1,960 dalam serbuan di rumahnya di Kampung Pida 6 Lama,
Kodiang di sini awal pagi ini.
Wanita
berusia 31 tahun bersama suaminya dikatakan menjalankan kegiatan
membeli daun ketum daripada penduduk kampung sebelum menjualnya dengan
harga dua kali ganda kepada pelanggan di Thailand. Suspek yang mempunyai
enam anak itu ditahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan
dibebaskan dengan jamin mahkamah sebanyak RM4000.

Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia