Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suami Isteri Ditahan Selepas Bayi Angkat Meninggal Dunia Di Jitra

Diterbitkan: 02 May 2015 4.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Star, 2 Mei - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu bapa angkatnya di sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di Jitra hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-isteri-ditahan-selepas-bayi-angkat-meninggal-dunia-di-jitra
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:48 MYT

Alor Star, 2 Mei - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu bapa angkatnya di sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di Jitra hari ini.

Berikutan itu, polis menahan sepasang suami isteri berumur 40 dan 30 tahun pada 6.45 petang tadi untuk siasatan lanjut, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya.

"Pada 12.10 tengah malam tadi, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Jitra menerima bayi berumur lapan bulan yang tidak sedarkan diri.

"Semasa diperiksa terdapat kesan lebam di bahagian kepala, badan dan kaki mangsa manakala di paha kanannya terdapat kesan luka lama selain tulang selangka kiri mangsa patah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, pegawai perubatan itu membuat laporan polis di Balai Polis Jitra pada 9.57 pagi tadi dan bayi itu dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut pada 11.55 pagi.

Malangnya, bayi berkenaan meninggal dunia pada 4.04 petang tadi dan bedah siasat dijalankan ke atas mayatnya.

Mohd Nashir berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 May 2015 4.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM