Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suami Isteri Ditahan Hampir 2 000 Pil Erimin 5 Dirampas

Published: 19 Jun 2014 2.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 2 Mac - Sepasang suami isteri ditahan dan 1,750 biji pil Erimin 5 serta 111 bungkusan plastik berisi ketamin dirampas di sini Rabu lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-isteri-ditahan-hampir-2-000-pil-erimin-5-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:39 MYT

Alor Setar, 2 Mac - Sepasang suami isteri ditahan dan 1,750 biji pil Erimin 5 serta 111 bungkusan plastik berisi ketamin dirampas di sini Rabu lalu.

Turut dirampas dari pasangan yang menganggur ini ialah sebuah Mercedes Benz dan Honda City, barang kemas dan wang tunai yang keseluruhan berjumlah RM295,732.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah Supt Abdul Razak Md Zin berkata pil dan ketamin tersebut ditemui kedai, rumah dan kereta, seberat 2,041.33 gram dan bernilai RM94,000.

"Suspek lelaki ditahan di kedai berhampiran Lebuhraya Sultanah Bahiyah manakala suspek wanita ditahan di rumah di Taman Desa Seraya.

"Mereka menyewa kedai berkenaan bagi dijadikan tempat menyimpan dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abdul Razak, ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif ketamin manakala suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau.

"Mereka telah menjalankan operasi mengedar dadah di sekitar Alor Setar lebih dari enam bulan dan kita masih menyiasat dari mana suspek mendapat bekalan," katanya.

Mereka direman sehingga Rabu ini.
 
Suami Isteri Ditahan Hampir 2 000 Pil Erimin 5 Dirampas
Suami Isteri Ditahan Hampir 2 000 Pil Erimin 5 Dirampas
Suami Isteri Ditahan Hampir 2 000 Pil Erimin 5 Dirampas
Suami Isteri Ditahan Hampir 2 000 Pil Erimin 5 Dirampas
Suami Isteri Ditahan Hampir 2 000 Pil Erimin 5 Dirampas
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM