Article
Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Pengedaran Dadah Wilayah Utara
George Town, 12 April 2016 - Sepasang suami isteri yang ditahan bersama 47.4 kilogram dadah di Bukit Dumbar, di sini semalam merupakan dalang utama sindiket pe...
George Town, 12 April 2016 - Sepasang suami isteri yang ditahan bersama 47.4 kilogram dadah di Bukit Dumbar, di sini semalam merupakan dalang utama sindiket pengedaran dadah yang aktif di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Lelaki berusia 38 tahun dan isterinya yang berumur 49 tahun itu adalah penternak haiwan serta pengusaha susu segar di Air Itam di sini dan pasangan tersebut menjalankan aktiviti pengedaran dadah dengan berselindung di sebalik perniagaan mereka.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata tangkapan terhadap pasangan itu dibuat hasil risikan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman sejak empat minggu lepas.
"Polis mula mengekori kereta Honda City pasangan itu pada pukul 11 pagi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan mereka berjaya ditahan apabila berhenti berhampiran sebuah premis di Bukit Dumbar ketika cuba melarikan diri.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa beg sekolah dan bagasi disembunyikan dalam kereta itu. Polis menemui 50 ketulan mampat daun kering disyaki ganja bernilai kira-kira RM166,000 dalam dua beg sekolah dan bagasi itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Thaiveegan berkata semasa ditahan pasangan yang berkahwin tahun lepas itu dipercayai baru sahaja mengambil bekalan dadah daripada sindiket mereka di
sempadan negara.
Mereka dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak enam bulan lepas.
Beliau berkata susulan penahanan pasangan itu, polis menyerbu apartmen mereka di sini dan merampas sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 serta menyita 20 lembu serta empat kambing di ladang ternakan mereka di Air Itam. Namun tiada dadah ditemui di apartmen itu.
"Nilai sitaan membabitkan kereta, motosikal dan haiwan ternakan adalah RM100,000," katanya.
Beliau berkata pasangan itu tidak mempunyai rekod jenayah dan mereka kini direman tujuh hari untuk membantu siasatan. - BERNAMA