Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suami Ditahan Tinju Isteri

Published: 22 Jun 2016 11.44 PM Updated: 15 Aug 2026 7.25 PM
Alor Setar - Hanya kerana perselisihan faham seorang wanita di’tinju' suaminya bertubi-tubi di muka dan kepala dihentak ke lantai menyebabkan cedera serius di mata sehingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-ditahan-tinju-isteri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 21:12 MYT


Alor Setar - Hanya kerana perselisihan faham seorang wanita di’tinju' suaminya bertubi-tubi di muka dan kepala dihentak ke lantai menyebabkan cedera serius di mata sehingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini,  Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, suspek berusia 40 tahun itu yang hilang kawaian menyerang dan membelasah isterinya, 40, di kediaman mereka di Kampung Baru Seberang Keretapi Api, di sini, ketika mangsa berehat di rumah bersama lima anak berusia antara 16 hingga sembilan tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan awal polis mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dengan suaminya sebelum dia ditumbuk di kepala dan muka berkali kali.

Suspek ditahan Isnin lalu kerana mencederakan kepada mangsa dan siasatan Ianjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sumber: Harian Metro

Suami Ditahan Tinju Isteri

ArticlePublished 22 Jun 2016 11.44 PMUpdated 15 Aug 2026 7.25 PM