Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Struktur Semula Tugasan Anggota Di Sempadan M Sia Thailand

Published: 04 Mar 2015 5.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 4 Mac - Polis Kedah akan menstruktur semula anggotanya yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelak berlakunya salah guna kuasa untuk melindungi kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/struktur-semula-tugasan-anggota-di-sempadan-m-sia-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:00 MYT
Alor Setar, 4 Mac - Polis Kedah akan menstruktur semula anggotanya yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengelak berlakunya salah guna kuasa untuk melindungi kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel.

Ketua Polis Negeri Datuk Zamri Yahya berkata penstrukturan dilakukan bagi mengelak perbuatan tidak bermoral dan melanggar integriti Polis Diraja Malaysia oleh sesetengah anggotanya.

Menurut beliau, penstrukturan itu akan dilakukan dalam masa terdekat melibatkan pertukaran segera anggota ke bahagian lain seperti pengurusan.

Katanya, anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini akan digantung tugas buat sementara waktu bagi membolehkan proses siasatan terhadap mereka dijalankan.

"Anggota yang terlibat juga akan disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dengan lebih terperinci kerana mereka telah menyalahguna kuasa dan melanggar undang-undang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) Siri 1/2014 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis Kedah di sini hari ini.

Zamri turut mengingatkan anggota yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu agar menghentikan kegiatan mereka sebelum ditangkap anggota penguatkuasa dan dikenakan tindakan.

Katanya anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) turut diingatkan tidak menyalahgunakan kuasa yang ada dengan melanggar undang-undang seperti meminta dan menerima rasuah daripada individu tertentu.

Semalam 11 lagi anggota polis ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes penyeludupan minyak petrol dan diesel di sempadan Malaysia-Thailand, menjadikan keseluruhan tangkapan 26 anggota termasuk seorang bekas Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam dan dua orang awam.

Daripada 11 yang ditahan semalam, tujuh merupakan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap dan dua daripada Balai Polis Kota Putra, Durian Burung, Padang Terap.- BERNAMA
ArticlePublished 04 Mar 2015 5.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM