STING TUMPASKAN SINDIKET PROSES DADAH
Georgetown: Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik Bukit Aman (STING) menimupaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah bemilai RM500,000 yang beroperasi di wilayah utara.
Sindiket itu ditumpaskan dalam tiga serbuan termasuk di Jelutong dan Gelugor dekat sini serta di Sungai Petani, Kedah, yang turut membawa penahanan lima lelaki serta seorang wanila dipercayai anggota sindiket itu.
Operasi khas STING dengan kerjasama Polis Pulau Pinang Sabtu lalu itu juga, berjaya merampas dadah jenis heroin seberat 8.05 kilogram (kg) dan dadah jenis kafein seberat 42.5kg.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata suspek yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan itu berumur antara 37 hingga 50 tahun dan direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
Sumber: Akhbar Berita Harian