Article
Sting Bongkar Makmal Proses Dadah 20150723
Sebuah makmal yang digunakan untuk memproses dadah jenis Eramine 5 berjaya diserbu oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) di Pandan Indah, A...
Kuala Lumpur, 13 Julai - Sebuah makmal yang digunakan untuk memproses dadah jenis Eramine 5 berjaya diserbu oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) di Pandan Indah, Ampang, Selangor, sebentar tadi.
Polis turut menahan lapan suspek sindiket pengedaran dadah dan merampas 137 kilogram dadah.
Kejayaan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitter dan facebook rasmi beliau sebentar tadi.