Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Trafik Catat Penurunan Kemalangan Maut Setengah Tahun 2015

Diterbitkan: 23 Jul 2015 8.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kes kemalangan maut mencatatkan jumlah penurunan sebanyak 73 kes dari 3,325 jumlah kes yang dicatatkan pada setengah tahun pertama untuk tahun 2014 kepada 3,252 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama oleh Cawangan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/trafik-catat-penurunan-kemalangan-maut-setengah-tahun-2015
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:00 MYT

Kuala Lumpur, 13 Julai – Kes kemalangan maut mencatatkan jumlah penurunan sebanyak 73 kes dari 3,325 jumlah kes yang dicatatkan pada setengah tahun pertama untuk tahun 2014 kepada 3,252 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama oleh Cawangan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.

Ketua Trafik Pasukan, Dato’ Mohd Fuad Abd Latiff dalam sidang medianya pagi tadi turut memaklumkan bahawa kes kemalangan yang melibatkan kecederaan parah dan kecederaan ringan turut mencatatkan pengurangan dengan masing-masing mencatatkan -11.8% dan -15.3% untuk tempoh masa yang sama.

“Walau bagaimanapun, jumlah kemalangan masih mencatatkan peningkatan sebanyak 3% iaitu 6, 942 kes berbanding pada tahun lepas," katanya.

Beliau memaklumkan bahawa, PDRM menerusi Cawangan Trafik akan sentiasa mengambil langkah yang proaktif dan efektif bagi menyelamatkan nyawa di jalan raya khasnya di kala musim perayaan.

Dato’ Mohd Fuad Abd Latiff turut menjelaskan bahawa faktor kepadatan penduduk dan jumlah kenderaan yang lebih tinggi di empat buah negeri seperti Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang turut menyumbang kepada peningkatan jumlah statistik kemalangan di jalan raya.

Trafik Catat Penurunan Kemalangan Maut Setengah Tahun 2015
ArtikelDiterbitkan 23 Jul 2015 8.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM