Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sting Bongkar Makmal Dadah Rampas 752 Kg Syabu

Diterbitkan: 20 Apr 2016 9.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.28 PM
Kuala Lumpur, 20 April – 10 warga tempatan berusia dalam lingkungan 23-24 tahun ditahan dalam tujuh serbuan berasingan yang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sting-bongkar-makmal-dadah-rampas-752-kg-syabu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:26 MYT

STING BONGKAR MAKMAL DADAH, RAMPAS 752 KG SYABU

Kuala Lumpur, 20 April – 10 warga tempatan berusia dalam lingkungan 23-24 tahun ditahan dalam tujuh serbuan berasingan yang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Hasil daripada tujuh serbuan tersebut pihak polis berjaya membongkar dua makmal memproses dadah jenis syabu yang berskala besar serta stor bahan kimia di sekitar Shah Alam, Selangor termasuk satu serbuan di Hutan Melintang, Perak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang media di Bukit Aman sebentar tadi berkata, hasil pemeriksaan polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM2.9 juta, 78,000 Rupee, sepucuk pistol jenis luger, 12 buah kereta, dua buah motosikal, barangan kemas serta pelbagai jenis bahan kimia seperti Acetone, Toulene, Red Phosphorus dan Cautic Soda.

Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM36 juta manakala hasil sitaan harta berjumlah RM3.8 juta.

Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 26 April ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sting Bongkar Makmal Dadah Rampas 752 Kg Syabu
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar melihat barang yang dirampas...

Sting Bongkar Makmal Dadah Rampas 752 Kg Syabu
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media beliau...

Sting Bongkar Makmal Dadah Rampas 752 Kg Syabu
wang tunai yang berjaya di rampas...

Sting Bongkar Makmal Dadah Rampas 752 Kg Syabu
Pengarah JSJN Bukit Aman Dato’ Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff melihat barang kes...

Sting Bongkar Makmal Dadah Rampas 752 Kg Syabu
Antara barang yang dirampas...

Sting Bongkar Makmal Dadah Rampas 752 Kg Syabu
Antara kereta yang disita pihak polis...


ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2016 9.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.28 PM