Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sting Banteras Narkotik Skala Besar

Published: 19 Jun 2014 3.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Baru lima bulan penubuhannya, kejayaan demi kejayaan yang dicapai Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) jelas menunjukkan pasukan itu adalah jawapan tepat bagi misi Polis Diraja Malaysia ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sting-banteras-narkotik-skala-besar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:40 MYT

Baru lima bulan penubuhannya, kejayaan demi kejayaan yang dicapai Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) jelas menunjukkan pasukan itu adalah jawapan tepat bagi misi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah khususnya yang berskala besar di negara ini.

Penubuhan pasukan elit itu dilihat relevan dengan trend kegiatan pengedaran serta penyeludupan dadah ke dalam negara yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan STING terbukti apabila melumpuhkan beberapa sindiket serta rangkaian dadah antarabangsa yang aktif di negara ini.

Berdasarkan statistik lima bulan penumbuhannya, STING merampas kira-kira 2,422 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM118.27 juta. Kejayaan itu pastinya meningkatkan lagi reputasi STING sebagai pasukan elit dalam membanteras jenayah narkotik.

Sting Banteras Narkotik Skala Besar
Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM