Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210224

Published: 24 Feb 2021 10.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 72,547 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210224
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:11 MYT

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 72,547 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,483 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,347 anggota telah membuat pemantauan di 6,119 buah restoran, pasar raya (4,607), bank (4,357), penjaja (2,502), pasar awam/tani (2,140), kilang (1,664) dan pejabat kerajaan (964).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,661), tempat riadah (1,682),
terminal pengangkutan darat (1,290), terminal pengangkutan air (278) dan terminal pengangkutan udara (137).

Semalam, seramai 253 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 231 dikompaun manakala 22 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

 Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (75)
 Tidak memakai pelitup muka (61)
 Aktiviti Perjudian (52)
 Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (37)
 Tiada penjarakan fizikal (21)
 Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (6)
 Tiada dokumen pengenalan diri (1)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (24 Februari 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#24022021

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus KP

ArticlePublished 24 Feb 2021 10.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM