Artikel
Stagg Tahan 15 Individu Dalam Operasi Di Salak Tinggi
Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) berjaya menahan 15 individu dalam operasi membanteras aktiviti perjudian di sekitar Salak T...
Kuala Lumpur, 9 Nov - Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) berjaya menahan 15 individu dalam operasi membanteras aktiviti perjudian di sekitar Salak Tinggi, Sepang hari ini.
Turut dirampas 214 buah komputer yang dipercayai digunakan bagi aktiviti tersebut.
Kejayaan itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara melalui twitter rasmi beliau sebentar tadi.