Polis berjaya menahan 87 individu dipercayai terbabit kegiatan perjudian menerusi Ops Dadu di dua premis judi online di sekitar daerah ini dan sebuah pusat hiburan yang turut menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Lumpur.
Tiga pusat judi yang diserbu iaitu dua di Kuala Selangor melibatkan sebuah pusat judi di Bandar Melawati dan Medan Niaga Kuala Selangor serta sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
Turut dirampas wang tunai sejumlah hampir RM110,000 yang dipercayai wang pertaruhan di ketiga-tiga premis tersebut.
Sumber: Kosmo.