Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Stagg Selamatkan 11 Kanak Kanak Rohingya Dipaksa Mengemis

Diterbitkan: 19 Mar 2018 4.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 19 Mac 2018 - Seramai 11 kanak-kanak warga Rohingya dipaksa menjadi pengemis dan peminta sedekah diselamatkan oleh Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) dalam Op Som di dua lokasi di ibu negara di sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/stagg-selamatkan-11-kanak-kanak-rohingya-dipaksa-mengemis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:11 MYT

Kuala Lumpur, 19 Mac 2018 - Seramai 11 kanak-kanak warga Rohingya dipaksa menjadi pengemis dan peminta sedekah diselamatkan oleh Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) dalam Op Som di dua lokasi di ibu negara di sini malam tadi.

Operasi dijalankan sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Bukit Bintang bermula 6 petang itu berjaya menyelamatkan tujuh kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan warga Rohingya berusia antara dua hingga 16 tahun yang dikerah sebagai pengemis dan peminta sedekah.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain berkata, kesemua kanak-kanak itu menjadi peminta sedekah selepas dikerahkan oleh penjaga mereka dengan menjual tisu selain surah Yasin.

“Berdasarkan pemantauan yang dibuat sejak tiga bulan lalu, kita mendapati mereka telah menjalankan kegiatan meminta sedekah Bukit Bintang dan KLCC kepada orang ramai.

“Berikutan itu, kita telah menjalankan operasi bagi mengesan kesemua penjaga tersebut untuk ditahan selain menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Nadzri memberitahu dalam operasi itu juga pihaknya menahan lima penjaga iaitu seorang lelaki dan empat wanita dan kesemua mereka telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk disoal siasat. - UTUSAN ONLINE

 

ArtikelDiterbitkan 19 Mar 2018 4.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM