Stagg Lumpuhkan Pusat Judi Mewah Di Kuala Lumpur
Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman berjaya melumpuhkan satu sindiket perjudian yang menawarkan hadiah utama berupa motosikal kepada kaki judi di Setapak.
Komander STAGG, Dato' Rodwan Yusoff berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 9 malam itu telah menahan empat penjaga kedai dan 25 kaki judi yang sedang leka berjudi di premis berkenaan.
Polis turut merampas 80 komputer yang digunakan untuk berjudi dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) dan 6 (10) Akta Rumah Judi Terbuka 1963.
Sumber: Harian Metro